Usahawan muda tani melibatkan aktiviti seperti penternakan ikan dan juga panduan bantuan kewangan

Siapa yang anda nak bagi pinjam?

Tuesday, February 17th, 2009

Katakan anda ada wang yang banyak. (Memang orang suka berkawan dengan orang yang ada duit banyak :D )

Datang saudara anda, si Ali.
Ali nak pinjam wang anda untuk jadikan modal mulakan perniagaan.
Dia pon sediakan lah kertas kerja dan tunjukkan kepada anda.
Takan cakap mulut je, mesti la anda nak tengok dalam bentuk tulisan samada projek ni boleh berjaya atau tidak.
Kalau kertas kerja tak boleh tunjukkan perniagaan tu berdaya maju, takan anda nak serahkan wang anda untuk Ali pinjam.
Macam mana Ali nak bayar balik duit kepada anda kelak?
Takan anda nak susahkan diri untuk minta, marah-marah kat Ali, minta dia bayar balik wang anda?

Tapi, Ali memang sediakan kertas kerja untuk memulakan perniagaannya dan perniagaan tersebut boleh beri pulangan yang memuaskan walaupon dia belum lagi mulakan perniagaan dia. Hanya planning saja dan melalui rancangan perniagaan tu boleh bagi keuntungan kepadanya.
Sebagai balasan, Ali bagi saham bisnes kepada anda atas pinjaman yang anda berikan kepadanya.

Takan anda nak bagi pinjam macam tu je kan?
Baik anda laburkan wang anda kat amanah saham je kalau just bagi pinjam gitu je.

Pinjaman Belia

Kemudian, datang pula saudara anda yang lain, si Abu.
Abu dah mulakan perniagaan, tapi dia kekurangan modal untuk besarkan perniagaan dia.
Dia pon tunjukkan kertas kerja kepada anda yang berdaya maju.
Sebagai balasan, Abu pon akan bagi saham bisnes sebagaimana Ali.

Bezanya, Abu dah mula bisnes. Disebabkan bisnes dia berdaya maju dan dia mesti dapat permintaan yang tinggi melebihi pengeluaran, sebab tu dia nak kembangkan bisnes dia. Dia pon dah ada pengalaman buat bisnes tersebut.

Ali pula baru nak mulakan perniagaan. Dia baru nak belajar cara berniaga bila dapat pinjaman. Dia hanya ada teori masa ikuti kursus dan sebagainya.

Antara Ali dan Abu, siapa yang anda sanggup bagi pinjam wang anda sebagai modal perniagaan mereka?

***

Gantikan perkataan “anda” dengan perkataan “bank atau agensi pemberi pinjaman”
Gantikan perkataan “Ali” dengan nama anda
Gantikan “Abu” dengan mereka yang dah mulakan perniagaan/ projek.

PS: Nama yang disebut diatas tiada kaitan dengan yang hidup atau yang dah meninggal dunia.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

Tag:

Tags: , , ,

Kerta Kerja Rancangan Perniagaan Mecd

Sunday, February 15th, 2009

Rancangan Perniagaan (RP)

1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan

Kegunaan (RP)

  • Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  • Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  • Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  • Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)

  • Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
  • Statistik
  • Data ekonomi
  • Data perdagangan
  • Penyelidikan pasaran

Kandungan (RP)

1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan

Penyediaan (RP)

1. Pengenalan

  • Nama Syarikat
  • Jenis Perniagaan yang diceburi
  • barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
  • lokasi premis
  • tarikh perniagaan dimulakan
  • latar belakang industri dan tren pasaran
  • Senario masa hadapan

2. Tujuan Penyediaan RP

Nyatakan sama ada:

  • memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
  • merancang pelaksanaan projek baru
  • untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
  • atau lain-lain tujuan

3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

  • Nama perniagaan
  • Alamat, No. Telefon
  • Bentuk perniagaan
  • Kegiatan utama
  • Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
  • No. Pendaftaran Perniagaan
  • Modal permulaan, modal dibenar
  • Nama dan alamat pemegang saham
  • Nama bank (jika ada)
  • No. Akaun Perniagaan(jika ada)

4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham

  • Nama, alamat, no. telefon
  • Kelulusan akademik
  • Pengalaman/kemahiran

5. Rancangan Organisasi/Pengurusan

  • Matlamat dan strategi syarikat
  • Struktur/carta syarikat
  • Senarai kakitangan pengurusan
  • Senarai perjawatan

· tanggungjawab setiap jawatan

· imbuhan/gaji bagi setiap jawatan

6. Rancangan Pemasaran

  • Analisis Pasaran

· untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.

· mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.

· mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).

  • Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.

· Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.

· Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.

  • Ramalan Jualan

· syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.

  • Strategi Pemasaran

· Strategi pemasaran secara keseluruhan

· bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan

· kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya

  • Strategi barangan

· faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan

  • Strategi harga

· penentuan harga

· tawaran harga dan sebagainya.

  • Strategi Pengedaran

· cara pengedaran dibuat

· kos-kos yang terlibat

· rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut

  • Strategi promosi

· teknik-teknik promosi yang akan dijalankan

· Belanjawan pemasaran

7. Rancangan Pengeluaran/Operasi

  • Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
  • Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
  • Keupayaan pengeluaran
  • Rancangan pengeluaran

· jumlah pengeluaran

· keupayaan maksimum

· penyimpanan stok

  • Senarai bahan mentah (jika ada)
  • Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
  • Pengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.

Bahagian ini merangkumi :

  • Kos pelaksanaan projek
  • Sumber pembiayaan

· modal sendiri

· pinjaman bank

· sewa beli

· lain-lain

  • Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
  • Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
  • Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

10. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

Nota:
Sumber rujukan
- ‘Asas Keusahawanan’ oleh Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDC) /> - ‘Outline for a Business Plan’ - Arthur Young.

Tags: , , ,

Dana Keusahawanan Dari Mecd

Sunday, February 15th, 2009

Berikut adalah dana yang usahawan dan bakal usahawan boleh perolehi untuk membantu menjalankan perniagaan.

Dana-dana ini dikendalikan oleh agensi MECD.

Kebanyakan pinjaman yang diberi adalah kepada usahawan yang dapat memenuhi syarat-syarat pinjaman. Antara faktor penting mereka mestilah mempunyai entiti perniagaan, tempat berniaga, sekurang-kurangnya modal asas 10% daripada pinjaman yang diperlukan dan rancangan perniagaan.

1. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
Menawarkan modal tambahan kepada peminjam dengan mudah, cepat dan berkesan.

Sasaran kepada:
Bumiputera (Peniaga Kecil) dalam semua sektor.

Yayasan TEKUN Nasional Basement 1,
Medan MARA
Jalan Raja Laut
50652 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2692 5185
No. Faks: 03-2692 4982

2. Kemudahan Pembiayaan Perniagaan MARA
Mengadakan kemudahan pembiayaan perniagaan ke arah menambah bilangan serta mempertingkatkan tahap usahawan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian yang bersaiz kecil dan sederhana.

Sasaran kepada:
Bumiputera (IKS) dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, perdagangan, pengangkutan, kontrak binaan, perkhidmatan dan bekalan.

Bahagian Pembiayaan Perniagaan
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Tingkat 17, Bangunan Medan MARA
Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR
No. Tel: 03-2691 5111 / 2691 5377

3. Skim Jaminan Usahawan Kecil (SJUK)
Memudahkan usahawan kecil yang mempunyai perniagaan berdaya maju mendapatkan kemudahan kredit dari RM10,000.00 sehingga RM50,000.00.

Sasaran kepada:
Terbuka kepada semua usahawan dalam semua sektor.

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
Aras 13-16, Bangunan CGC
Kelana Business Centre
97, Jalan SS 7/2
47301 Petaling Jaya
No. Tel: 03-7806 2300
No. Faks: 03-7806 3308

4. Tabung Usahawan Siswazah (TUS)
Memberi peluang kepada siswazah mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengurusan perniagaan, mewujudkan usahawan daripada kalangan siswazah dan menyediakan pinjaman perniagaan untuk mereka memula dan mengembangkan perniagaan.

Sasaran kepada:
Siswazah dalam semua sektor.

Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad
Aras 20, Menara Bank Pembangunan
Peti Surat 12352
Jalan Sultan Ismail
50774 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2615 2020
No. Faks: 03-2692 7168

5. Skim Modal Asas
Menyediakan kemudahan penyertaan ekuiti dan pinjaman mudah bagi membantu IKS Bumiputera mendaparkan modal pokok yang mencukupi bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu projek.

Sasaran kepada:
Bumiputera (IKS) dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad
Aras 20, Menara Bank Pembangunan
Peti Surat 12352
Jalan Sultan Ismail
50774 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2615 2020
No. Faks: 03-2692 7168

6. Skim Pembiayaan Pusat Negeri (SPPN)
Meningkatkan bilangan usahawan menengah Bumiputera (UMB) khusus dalam industri kecil dan sederhana (IKS) di peringkat negeri dan membangun serta mempertingkatkan budaya keusahawanan di kalangan UMB.

Sasaran kepada:
Bumiputera (IKS) dalam semua sektor.

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Aras 9B, Menara Dato Onn
Putra World Trade Centre
45, Jalan Tun Ismail
50490 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2698 8870
No. Faks: 03-2698 8617

7. Skim Bantuan Pembangunan Francais
Membantu dan memberi insentif kepada pengusaha individu dan syarikat tempatan memfrancaiskan produk dan perniagaan tempatan atau luar negeri.

Sasaran kepada:
Terbuka(Francaisor) dalam sektor perkhidmatan dan perniagaan.

Bahagian Francais & Vendor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Bahagian Francais dan Vendor
Aras 4, Blok Menara
Lot 2 G6, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
No. Tel: 03-8880 5608 / 07
No. Faks: 03-8880 5617

8. Skim Pembiayaan Francais
Membantu usahawan dalam perniagaan francais mendapatkan pembiayaan menerusi institusi-institusi kewangan terpilih dan mendapat kemudahan subsidi kadar faedah.

Sasaran kepada:
Terbuka (Francaisi) dalam sektror pembuatan, perniagaan dan perkhidmatan.

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
Aras 13-16, Bangunan CGC
Kelana Business Centre
97, Jalan SS 7/2
47301 Petaling Jaya
No. Tel: 03-7806 2300
No. Faks: 03-7806 3308

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

Tags: , , ,